Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 24 April 2011

KULIM INTERNATOINAL JAMBOREE 2011

Pagi tadi (24.4.11), selepas subuh, aku tidak terus bangkit seperti mana biasa. Cuaca dingin dengan hujan renyai-renyai menjadikan aku lebih selesa berbungkus atas sofa penjang. Tetiba seorang kawan dari SS Riders telefon untuk ajak berkayuh. "Ah... malas sungguh rasanya",... hujan renyai-renyai masih belum reda, rasa sejuk menjadikan aku susah untuk membuka balutan selimut "Taknaklah berkayuh harini sini hujan, kataku"
Alasan aku diterima.

Tengah enak mengelamun, ada lagi member lain talefon ajak berkayuh... ala malas rasanya. Tapi hujan di luar dah reda tak boleh nak jadi alasan. Katanya nak berkayuh ke puncak Bukit Singa belakang hospital Sungai Siput . Ah ... aku terus setuju, lantas aku call kawan yang telefon pertama tadi, dia pun setuju.

 Kami pun berjumpa di depan hospital,.. dan mula berkayuh mendaki bukit Singa yang aku tak pernah daki sebelum ini...

Sampai di puncak apa yang dapat aku rasakan adalah PUAS, NYAMAN, DAMAI, luas pandangan sekitar Pekan Sungai Siput. Cantik.

Mulalah aku dan kawan-kawan berangan-angan untuk mengadakan mountain bike event di sini.
Kepada bro-bro cyclist tunggulah akan ada event di Sungai Siput nanti.

Inilah tumbuhan yang mendamaikan
di puncak bukit.
 Pemandangan dari puncak bukit, nun jauh di bawah sana Taman Makmur.






 Berposing pada ketinggian 400m.