Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 22 Mei 2011

SSRIDER-MTB aktivities: BASIKAL DAN KENTUT

SSRIDER-MTB aktivities: BASIKAL DAN KENTUT

BASIKAL DAN KENTUT

 AGAK MELUCUKAN... Pada petang cuti Hari Wesak yang lalu aku ke kedai basikal untuk menservis MTB aku yang sudah lama aku tidak servis walaupun sudah beberapa kali aku menyertai event.

Sambil menunggu basikalku 'diperiksa' aku ke kedai mamak sebelah kedai basikal. Pelanggan agak ramai.
Tengah asyik minum, aku mendengar pelanggan di hadapanku 'melepaskan' KENTUT yang agak kuat juga bunyinya. Beberapa orang yang perasan memandang ke mejaku. Aku selamba saja.

Seorang pelanggan Cina tua bergegas ke sinki, ada sesuatu yang tidak kena, beberapa orang pelanggan perasan keadaan ini.
Setelah agak 'tenang' apek tu menhampiri meja ku dan
"Kawan, mau lepas angin ha, keluar lululah, ala olang, tatak boleh ini macam, saya mau keluar muntah..."
Aku terkejut sebab kata-kata itu ditujukan kepada aku. Aku perasan beberapa pelanggan menoleh kepada ku.
"Uncle, mana ada saya tak kentut..."
"Tadi ala bunyi, olang pun dengar..."
"Bukan saya la uncle..."
Pelanggan di hadapan ku lalu bangun dan menepuk bahu apek tadi.
"Uncle bukan dia kentut, takda yang kentut, tadi ada bunyi macam kentut bunyi telefon saya masuk SMS..."
Sambil bro tadi mengeluarkan hphonenya dari saku seluar. Beberapa pelanggan memandang kami tersenyum.
Apek tadi merengus sambil berjalan ke mejanya. Tiba-tiba bunyi lagi ringtone macam kentut tadi. Semua orang menoleh.
"Tengok...." kata bro tadi sambil membaca SMS dari phonenya. Ada pelanggan tergelak kecil.
"Itu macam pun ala ke..." Apek itu mengomel.... situasi ini aku namakan BASIKAL DAN KENTUT.
Ini bukan kedai basikal tapi porch rumahku dipenuhi oleh basikal anak-anak dan bapak.

Sabtu, 21 Mei 2011

xplore bukit belakang rumah

Kemuncak Bukit Kledang
 SSRIDER, boleh memberi maksud Sg Siput, juga Saja-Saja, atau lagi brutal Syok Sendiri. Apa pun SSRIDER adalah satu komuniti berbasikal yang aktif dihujung minggu dan menyertai banyak event-event.
 Rata-rata ahli yang terlibat mengakui bahawa Allah telah menganugerahi kesihatan yang lebih baik melalui riadah ini.

Pada cuti wesak lepas, tiada perkara yang hendak dilakukan, maka aku capai basikal dan call kawan terdekat maka kami xplore bukit Kledang belakang rumah.

Maka hasilnya berbaloi: menghirup udara segar dan menikmati pemandangan indah. Indahnya ciptaan Tuhan.

ADAKAH KITA BERSYUKUR!!!





Anak Bapak

Bapaknya

Indahnya Panorama Ini

Jumaat, 20 Mei 2011

xplore bukit belakang rumah





Cuti Hari Wesak lepas... aku rasa boring betul tak tau nak isi dengan apa masa terluang ni. Call member-member semua ada hal masing-masing. Cuma seorang saja yang free. Last kami ambil keputusan untuk xplore bukit kledang belakang rumah. Hasilnya satu pemandangan yang indah bersama udara yang segar. Akan ku perkenalkan trek ini kepada rakan SSRIDER yang lain.