Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 19 Mac 2013

SSRIDERS-MTB : Pemuda-Syaitan-Basikal

Seorang pemuda bangun awal pagi untuk solat Subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berbasikal menuju ke masjid. Di pertengahan jalan menuju ke masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu dan berbasikal menuju ke masjid. Dalam perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama. Dia sekali lagi bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia sekali lagi berganti baju, berwudhu dan berbasikal menuju ke masjid. Di tengah jalan menuju ke masjid, dia bertemu seorang lelaki yang memegang lampu. Dia menanyakan identiti lelaki tersebut dan lelaki tersebut menjawab "Saya melihat anda jatuh dua kali di perjalanan menuju ke masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda." Pemuda tersebut mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan sambil menutun basikal menuju ke masjid. Apabila mereka sampai di masjid, pemuda tersebut bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat Subuh bersamanya. Lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali-kali tetapi jawapannya sama. Pemuda itu bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat Subuh bersama? Lalu lelaki itu menjawab... "Aku adalah IBLIS..." Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki itu. Iblis kemudian menjelaskan, "Saya melihat kamu ke masjid dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan SEMUA DOSAMU. Saya membuatkan kamu jatuh kali kedua dan itupun tidak membuatkan kamu berubah fikiran, bahkan kamu tetap memutuskan kembali untuk ke masjid. Kerana hal itu, Allah memaafkan DOSA-DOSA SELURUH ANGGOTA KELUARGAMU. Saya khuatir jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan-jangan Allah akan memaafkan dosa dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahawa kamu sampai di masjid dengan selamat..." MORALNYA: DAH ADA BASIKAL YANG MAHAL-MAHAL TU JOM LE KE MASJID.... Insyaalah!!!!!!!!. __________________

Ahad, 22 Julai 2012

Menguap Dan Kanser.

Ramadan datang lagi...
Aku telah menghadiri satu kuliah menyatakan kenapa kita perlu segera menutup mulut apabila menguap...? Syaitan akan mencari kelemahan dalam diri kita apabila kita menguap dengan memasuki dalam badan. Apabila syaitan meludahi kita , maka itu dikhuatiri akan mendapat penyakit kanser. Sebab itu kanser rawatannya adalah dengan kimo iaitu panas lawan panas (syaitan). OLEH ITU BILA MENGUAP TUTUPLAH MULUT KITA. Wallahuaklam.

Rabu, 28 Mac 2012

PRU 13

Al kisah pada satu ketika dahulu hamba telah diwar-warkan oleh kawan baik hamba, tentang satu pemasyhuran bahawa tanggal ?? Feb 2012 akan diadakan satu kayuhan amal. Hambapun pada tarikh, tempat dan masa yang ditetapkan maka berangkatlah bersama kawan-kawan seperjuangan dengan pelbagai ideologi politik. Sampai sahaja di tempat yang ditetapkan, maka terpampanglah banting KAYUHAN PRU 13 DERITAMU SIMPATIKU dengan bendera parti politik. Antara kami sudah mula masing-masing berbisik. Bila Flaq Off dilepaskan, ada antara kami mula berpecah, ada yang berkayuh mengikuti program ( aku le tu) dan ada yang berkayuh menuju haluan masing-masing sebab tidak mahu mengikuti program yang dianjurkan atas alasan politik yang berbeza. Aku pun sebenarnya tidak sebulu dengan parti yang menganjur... tapi atas dasar kayuhan amal, aku ikut jugalah..., di samping beramal boleh juga berpeluh. Inilah program untuk pecah peluh tahun baru 2012. SS RIDERS mengucapkan berbanyak kepada para ahli. Walau politik berbeza, tapi kita berkayuh untuk beramal.

Khamis, 8 September 2011

Basikal Dan Politik



Alkisah selepas sebulan berpuasa, beraya dan meraikan kemerdekaan kali ke-54, pelbagai peristiwa tanah air yang berlaku. Fitnah memfitnah, hasad dengki, saman menyaman masing-masing bersimpan siur di media masa.

Kegagalan Ops Sikap mengengkang jumlah kemalangan, kejadian samun, bunuh, rogol dan penyalahgunaan asid makin ketara.... Siapa yang perlu dipersalahkan?

Pegangan ideologi politik turut meresap masuk ke dalam event-event berbasikal. Malah ada yang fanatik, sanggup memotong buang logo parti politik pada jersey mereka. Syabas... itu masing-masing punya prinsip.

Kerana politik, beberapa fakta sejarah telah dicari bongkar untuk mensensasikan isu supaya khalayak awam memberi tumpuan dan perhatian kepada ideologi masing-masing. Sampai bila... kita renung bersama...

Saman menyaman bertimpa-timpa untuk membuktikan masing-masing di pihak yang benar. Natijahnya polis terpaksa membahagikan tugas, masing-masing untuk menyiasat kes-kes saman 'celupar mulut dan artikel'- ingin menang berjuta-juta, saman ops sikap- untuk memenuhi kantung perbendaharaan negara, yang sememangnya negara ketiadaan duit (INILAH MASANYA UNTUK 'DUIT RAKYAT DIDAHULUKAN'), untuk menyiasat kes-kes jenayah, yang tidak pernah selesai...

Event-event berbasikal diteruskan..., ada antara riders, petang hari raya pertama sudah bertegang otot mengayuh, setelah sebulan tidak berkayuh, malah pada bulan puasapun ada yang berkayuh... tapi jangan lupa muhasabah diri tanggungjawab pada keluarga. Jangan disebabkan hendak menggantikan SADDLE BASIKAL YANG LEBIH RINGAN, bergaduh dengan anak-anak pasal duit.

Apapun sudah seminggu beraya, nampaknya aku pun kena mula berkayuh dengan semangat baru. Sudah lama tidak menyertai event. KONA - HERITAGE HOTEL MTB 2011, pada 25 Sept ini, event pertama menguji keupayaanku...

Kepada semua riders SELAMAT BERHARI RAYA DENGAN RIADAH KEMERDEKAAN KE-54.

Ahad, 22 Mei 2011

SSRIDER-MTB aktivities: BASIKAL DAN KENTUT

SSRIDER-MTB aktivities: BASIKAL DAN KENTUT

BASIKAL DAN KENTUT

 AGAK MELUCUKAN... Pada petang cuti Hari Wesak yang lalu aku ke kedai basikal untuk menservis MTB aku yang sudah lama aku tidak servis walaupun sudah beberapa kali aku menyertai event.

Sambil menunggu basikalku 'diperiksa' aku ke kedai mamak sebelah kedai basikal. Pelanggan agak ramai.
Tengah asyik minum, aku mendengar pelanggan di hadapanku 'melepaskan' KENTUT yang agak kuat juga bunyinya. Beberapa orang yang perasan memandang ke mejaku. Aku selamba saja.

Seorang pelanggan Cina tua bergegas ke sinki, ada sesuatu yang tidak kena, beberapa orang pelanggan perasan keadaan ini.
Setelah agak 'tenang' apek tu menhampiri meja ku dan
"Kawan, mau lepas angin ha, keluar lululah, ala olang, tatak boleh ini macam, saya mau keluar muntah..."
Aku terkejut sebab kata-kata itu ditujukan kepada aku. Aku perasan beberapa pelanggan menoleh kepada ku.
"Uncle, mana ada saya tak kentut..."
"Tadi ala bunyi, olang pun dengar..."
"Bukan saya la uncle..."
Pelanggan di hadapan ku lalu bangun dan menepuk bahu apek tadi.
"Uncle bukan dia kentut, takda yang kentut, tadi ada bunyi macam kentut bunyi telefon saya masuk SMS..."
Sambil bro tadi mengeluarkan hphonenya dari saku seluar. Beberapa pelanggan memandang kami tersenyum.
Apek tadi merengus sambil berjalan ke mejanya. Tiba-tiba bunyi lagi ringtone macam kentut tadi. Semua orang menoleh.
"Tengok...." kata bro tadi sambil membaca SMS dari phonenya. Ada pelanggan tergelak kecil.
"Itu macam pun ala ke..." Apek itu mengomel.... situasi ini aku namakan BASIKAL DAN KENTUT.
Ini bukan kedai basikal tapi porch rumahku dipenuhi oleh basikal anak-anak dan bapak.

Sabtu, 21 Mei 2011

xplore bukit belakang rumah

Kemuncak Bukit Kledang
 SSRIDER, boleh memberi maksud Sg Siput, juga Saja-Saja, atau lagi brutal Syok Sendiri. Apa pun SSRIDER adalah satu komuniti berbasikal yang aktif dihujung minggu dan menyertai banyak event-event.
 Rata-rata ahli yang terlibat mengakui bahawa Allah telah menganugerahi kesihatan yang lebih baik melalui riadah ini.

Pada cuti wesak lepas, tiada perkara yang hendak dilakukan, maka aku capai basikal dan call kawan terdekat maka kami xplore bukit Kledang belakang rumah.

Maka hasilnya berbaloi: menghirup udara segar dan menikmati pemandangan indah. Indahnya ciptaan Tuhan.

ADAKAH KITA BERSYUKUR!!!





Anak Bapak

Bapaknya

Indahnya Panorama Ini