Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 8 September 2011

Basikal Dan Politik



Alkisah selepas sebulan berpuasa, beraya dan meraikan kemerdekaan kali ke-54, pelbagai peristiwa tanah air yang berlaku. Fitnah memfitnah, hasad dengki, saman menyaman masing-masing bersimpan siur di media masa.

Kegagalan Ops Sikap mengengkang jumlah kemalangan, kejadian samun, bunuh, rogol dan penyalahgunaan asid makin ketara.... Siapa yang perlu dipersalahkan?

Pegangan ideologi politik turut meresap masuk ke dalam event-event berbasikal. Malah ada yang fanatik, sanggup memotong buang logo parti politik pada jersey mereka. Syabas... itu masing-masing punya prinsip.

Kerana politik, beberapa fakta sejarah telah dicari bongkar untuk mensensasikan isu supaya khalayak awam memberi tumpuan dan perhatian kepada ideologi masing-masing. Sampai bila... kita renung bersama...

Saman menyaman bertimpa-timpa untuk membuktikan masing-masing di pihak yang benar. Natijahnya polis terpaksa membahagikan tugas, masing-masing untuk menyiasat kes-kes saman 'celupar mulut dan artikel'- ingin menang berjuta-juta, saman ops sikap- untuk memenuhi kantung perbendaharaan negara, yang sememangnya negara ketiadaan duit (INILAH MASANYA UNTUK 'DUIT RAKYAT DIDAHULUKAN'), untuk menyiasat kes-kes jenayah, yang tidak pernah selesai...

Event-event berbasikal diteruskan..., ada antara riders, petang hari raya pertama sudah bertegang otot mengayuh, setelah sebulan tidak berkayuh, malah pada bulan puasapun ada yang berkayuh... tapi jangan lupa muhasabah diri tanggungjawab pada keluarga. Jangan disebabkan hendak menggantikan SADDLE BASIKAL YANG LEBIH RINGAN, bergaduh dengan anak-anak pasal duit.

Apapun sudah seminggu beraya, nampaknya aku pun kena mula berkayuh dengan semangat baru. Sudah lama tidak menyertai event. KONA - HERITAGE HOTEL MTB 2011, pada 25 Sept ini, event pertama menguji keupayaanku...

Kepada semua riders SELAMAT BERHARI RAYA DENGAN RIADAH KEMERDEKAAN KE-54.

Ahad, 22 Mei 2011

SSRIDER-MTB aktivities: BASIKAL DAN KENTUT

SSRIDER-MTB aktivities: BASIKAL DAN KENTUT

BASIKAL DAN KENTUT

 AGAK MELUCUKAN... Pada petang cuti Hari Wesak yang lalu aku ke kedai basikal untuk menservis MTB aku yang sudah lama aku tidak servis walaupun sudah beberapa kali aku menyertai event.

Sambil menunggu basikalku 'diperiksa' aku ke kedai mamak sebelah kedai basikal. Pelanggan agak ramai.
Tengah asyik minum, aku mendengar pelanggan di hadapanku 'melepaskan' KENTUT yang agak kuat juga bunyinya. Beberapa orang yang perasan memandang ke mejaku. Aku selamba saja.

Seorang pelanggan Cina tua bergegas ke sinki, ada sesuatu yang tidak kena, beberapa orang pelanggan perasan keadaan ini.
Setelah agak 'tenang' apek tu menhampiri meja ku dan
"Kawan, mau lepas angin ha, keluar lululah, ala olang, tatak boleh ini macam, saya mau keluar muntah..."
Aku terkejut sebab kata-kata itu ditujukan kepada aku. Aku perasan beberapa pelanggan menoleh kepada ku.
"Uncle, mana ada saya tak kentut..."
"Tadi ala bunyi, olang pun dengar..."
"Bukan saya la uncle..."
Pelanggan di hadapan ku lalu bangun dan menepuk bahu apek tadi.
"Uncle bukan dia kentut, takda yang kentut, tadi ada bunyi macam kentut bunyi telefon saya masuk SMS..."
Sambil bro tadi mengeluarkan hphonenya dari saku seluar. Beberapa pelanggan memandang kami tersenyum.
Apek tadi merengus sambil berjalan ke mejanya. Tiba-tiba bunyi lagi ringtone macam kentut tadi. Semua orang menoleh.
"Tengok...." kata bro tadi sambil membaca SMS dari phonenya. Ada pelanggan tergelak kecil.
"Itu macam pun ala ke..." Apek itu mengomel.... situasi ini aku namakan BASIKAL DAN KENTUT.
Ini bukan kedai basikal tapi porch rumahku dipenuhi oleh basikal anak-anak dan bapak.

Sabtu, 21 Mei 2011

xplore bukit belakang rumah

Kemuncak Bukit Kledang
 SSRIDER, boleh memberi maksud Sg Siput, juga Saja-Saja, atau lagi brutal Syok Sendiri. Apa pun SSRIDER adalah satu komuniti berbasikal yang aktif dihujung minggu dan menyertai banyak event-event.
 Rata-rata ahli yang terlibat mengakui bahawa Allah telah menganugerahi kesihatan yang lebih baik melalui riadah ini.

Pada cuti wesak lepas, tiada perkara yang hendak dilakukan, maka aku capai basikal dan call kawan terdekat maka kami xplore bukit Kledang belakang rumah.

Maka hasilnya berbaloi: menghirup udara segar dan menikmati pemandangan indah. Indahnya ciptaan Tuhan.

ADAKAH KITA BERSYUKUR!!!





Anak Bapak

Bapaknya

Indahnya Panorama Ini

Jumaat, 20 Mei 2011

xplore bukit belakang rumah





Cuti Hari Wesak lepas... aku rasa boring betul tak tau nak isi dengan apa masa terluang ni. Call member-member semua ada hal masing-masing. Cuma seorang saja yang free. Last kami ambil keputusan untuk xplore bukit kledang belakang rumah. Hasilnya satu pemandangan yang indah bersama udara yang segar. Akan ku perkenalkan trek ini kepada rakan SSRIDER yang lain.

Ahad, 24 April 2011

KULIM INTERNATOINAL JAMBOREE 2011

Pagi tadi (24.4.11), selepas subuh, aku tidak terus bangkit seperti mana biasa. Cuaca dingin dengan hujan renyai-renyai menjadikan aku lebih selesa berbungkus atas sofa penjang. Tetiba seorang kawan dari SS Riders telefon untuk ajak berkayuh. "Ah... malas sungguh rasanya",... hujan renyai-renyai masih belum reda, rasa sejuk menjadikan aku susah untuk membuka balutan selimut "Taknaklah berkayuh harini sini hujan, kataku"
Alasan aku diterima.

Tengah enak mengelamun, ada lagi member lain talefon ajak berkayuh... ala malas rasanya. Tapi hujan di luar dah reda tak boleh nak jadi alasan. Katanya nak berkayuh ke puncak Bukit Singa belakang hospital Sungai Siput . Ah ... aku terus setuju, lantas aku call kawan yang telefon pertama tadi, dia pun setuju.

 Kami pun berjumpa di depan hospital,.. dan mula berkayuh mendaki bukit Singa yang aku tak pernah daki sebelum ini...

Sampai di puncak apa yang dapat aku rasakan adalah PUAS, NYAMAN, DAMAI, luas pandangan sekitar Pekan Sungai Siput. Cantik.

Mulalah aku dan kawan-kawan berangan-angan untuk mengadakan mountain bike event di sini.
Kepada bro-bro cyclist tunggulah akan ada event di Sungai Siput nanti.

Inilah tumbuhan yang mendamaikan
di puncak bukit.
 Pemandangan dari puncak bukit, nun jauh di bawah sana Taman Makmur.






 Berposing pada ketinggian 400m.

Isnin, 28 Mac 2011

Malaysian Gold Jamboree Lake Town Resort 2011

Pada 27 Mac 2011,
Selesailah sudah satu acara besar dengan penyertaan 2600 lebih. Setiap pelusuk peserta MTB, hatta dari Thailand pun datang turut memeriahkan acara. Team SS RIDERS pun datang bersama-sama dengan family.
Akhirnya aku dapat juga mengenggam medal, khabarnya medal disediakan untuk 1000 peserta pertama yang
sampai ke garisan penamat.
Alkisah ramai peserta yang tidak dapat menerima medal kerana terlewat dari 1000 peserta pertama. Kesian pun ada. Pada aku, penganjur tidak patut berbuat sedemikian, sepatutnya seperti event-event lain medal diberi 
kepada semua peserta yang menamatkan acara. Apa yang terjadi pada hari tu bila peserta lebih dari 1000
sampai ke garisan penamat, mereka terpinga-pinga, tiada siapa dan apa yang "menyambutnya".
Pendapat aku kalau nak beri bintang, dari 5 yang terbaik, maka pengajuran MGJ2011 ini cuma layak 3 bintang sahaja.


 Baru sampai ke garisan penamat












Adib dan Angah mandi-manda.


Bergambar dengan member selepas
sarapan.

 Menunggu flag of.












Mencari kawan SS RIDERS lain dah sampai
ke belum.
Cuba call kawan-kawan dah sampai kat mana...










http://malaysiacycling.blogspot.com/

Sabtu, 5 Mac 2011

Cabaran Bukit Kinding bersama bro Lan.

Ini sapa entah sibuk mencelah

Kayuhan santai mengiringi acara merentas desa

Maaf Saya Budak Baru Belajar

Sepatutnya pihak penganjur mana-mana event harus menyediakan sijil di samping medal.
Sijil penting bagi peserta-peserta di kalangan pelajar.

Cycling Events

SS Rider, sebenarnya satu group komuniti berbasikal terdiri dari guru-guru.
Matlamatnya untuk menjalani rutin harian yg lebih sihat. Kata orang tubuh
badan yang sihat sebenarnya tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.
Imej di sebelah.. ketika hari pengambila goodies semasa jambori di Bernam
Jaya pada 5/Dis/2010.

Event yang telah diikuti
Kayuhan Kuale Bandar Di Raja 31/10/2010
Jambori Bernam Jaya 5/10/2010
                                                      Kayuhan Warisan Taiping 26/12/2010
                                                      Cabaran Bukit Kinding 27/2/2011